Tuesday, October 25, 2011

10 KEAJAIBAN pada 10 MUHARAM

Bulan Muharam adalah permulaan Tahun Baru Islam (Hijrah) bagi umat Islam. Setiap kali ketibaan bulan Muharam dalam kalender Hijrah, umat Islam dituntut untuk melakukan ibadah-ibadah sunat pada bulan Muharam terutama menjelang 10 Muharam karena Allah SWT akan melimpahkan rahmatNya..Persoalannya kenapa 10 Muharam? Bukan 1 Muharam dan pada tarikh-tarikh lain dalam bulan itu?...

Ketahuilah saudaraku..10 Muharam terdapat 10 KEAJAIBAN perkara berlaku pada tarikh tersebut seperti yang digambarkan dalam Al-Quran, iaitu:

1. Bahtera Nabi Nuh As terdampar di "Bukit Judi" berlaku pada 10 Muharam. Nabi Nuh As dan pengikutnya-pengikutnya apabila turun dari bahteranya merasa lapar dan dahaga, sedangkan bekalan masing-masing telah habis ketika banjir besar melanda. Nabi Nuh memerintahkan supaya masing-masing membawa satu genggam biji-bijian dari apa jenis yang ada pada mereka. Lalu terkumpullah tujuh jenis bijian dan dicampurkan kesemuanya untuk dimasak menjadi bubur. Dari peristiwa ini umat Islam sekarang (terutama orang Melayu) sering melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan apabila menjelang bulan Muharam. Ini tidak ada dalam HADIS yang mengatakan kita perlu membuat "bubur Asyura". Apa yang patut dilakukan ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharam dan berdoa di awal Muharam. Dari Hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w ditanya fadilat puasa di hari Asyura, maka baginda menjawab:'
" Menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu".

Ketahuilah saudaraku..orang Islam..Membuat bubur Asyura hanyalah sekadar untuk mengingati peristiwa yang berlaku kepada umat Nabi Nuh As. Cuma yang tidak betulnya, sebilangan Umat Melayu membuat bubur Asyura sedangkan mereka "tidak berpuasa" . Perbuatan ini berlawanan dengan perbuatan Rasulullah s.a.w. dalam hadis tidak ada mengatakan kita perlu buat "bubur Asyura" , tetapi ada menyebut kita disunatkan berpuasa pada sembilan dan sepuluh Muharam.

2. Allah telah menerima taubat Nabi Adam As setelah dicampakkan ke dunia karena terpedaya dengan bujukan syaitan apabila memakan buah "kuldi" yang dilarang oleh Allah. Penerimaan taubat Nabi Adam As ini berlaku pada 10 Muharam.

3. Seterusnya peristiwa Nabi Idris As diangkat ke langit daripada lapisan langit ke empat dalam peristiwa Israk dan Mikraj juga berlaku pada 10 Muharam.

4. Pada 10 Muharam juga lahirnya Nabi Ibrahim As.

5. Pada 10 Muharam juga Allah telah mengangkat Nabi Ibrahim sebagai "Kalil" (kekasih Allah) dan menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada api akibat dicampak oleh Raja Namrud juga berlaku pada 10 Muharam.

6. Kisah Nabi Sulaiman As yang dikembalikan kekuasaannya juga berlaku pada 10 Muharam.

7. Penyakit kulit yang dialami oleh Nabi Ayub As disembuhkan oleh Allah SWT serta memberi kerahmatan kepada Nabi Ayub, juga berlaku pada 10 Muharam.

8. Pada 10 Muharam juga Allah SWT telah selamatkan Nabi Musa daripada Firaun, apabila laut merah terbelah dan menenggelamkan Firaun dan tenteranya..

9. Allah SWT juga telah mengangkat Nabi Isa As ke langit pada 10 Muharam dan yang terakhir,

10. Nabi Yusuf As keluar dari penjara pada 10 Muharam setelah mentafsir mimpi raja.

Ketahuilah saudaraku..kita sebagi umat Islam yang mempercayai dan menghayati isi kandungan Al-Quran dan Hadis, apa jua hikmah yang tersirat di sebalik peristiwa-peristiwa 10 Muharam itu, hanya Allah SWT yang lebih mengetahuinya....

No comments: